Tokoh Hebat :Ismail Haniyeh ,Pemimpin Hamas Yang Berjiwa Rakyat
Tokoh :Ismail Haniyeh ,Pemimpin Hamas Yang Berjiwa Rakyat
Bumi Gaza terus bermandi darah. Serangan bertubi-tubi roket Israel ke
arah Gaza setakat artikel ini ditulis telah mengorbankan 28 orang yang
rata-ratanya terdiri daripada kanak-kanak dan wanita. Tentera Zionis
kelihatan semakin degil dengan menjadikan kekuatan ketentaraan mereka
untuk terus menekan masyarakat Gaza untuk menyerah kalah. Dunia boleh
terus mempersoal dan membidas rakyat Palestin kerana enggan tunduk
kepada kuasa-kuasa besar dan memenuhi kehendak Israel. Hakikatnya,
seluruh dunia boleh terus meminggirkan rakyat Palestin dan meninggalkan
mereka bersendirian mempertahankan haq dan membebaskan tanah air mereka.
Namun pengalaman telah membuktikan rakyat Palestin tidak akan
meninggalkan perjuangan mereka biarpun mereka terdedah kepada kebuluran
dan tragedi kemanusiaan akiba sekatan ekonomi dan sekatan antarabangsa.
Zionis seolah-olah lupa tidak ada satu perjuangan pun di dunia ini untuk
membebaskan tanah air daripada penjajahan dan penindasan yang gagal.
Seluruh kekuatan boleh dikerah untuk menekan perjuangan rakyat Palestin,
namun hakikatnya jiwa dan jasad mereka telah diabadikan dalam
perjuangan membebaskan bumi Al-Aqsa.
Ketika penulis sedang mencari maklumat mengenai serangan terbaru Zionis
ke atas Gaza, penulis amat tersentuh dengan kerendahan hati seorang
pemimpin tertinggi, Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyeh dalam melayani
mangsa-mangsa kekejaman dalam misi serangan yang dilancarkan oleh
Zionis ke arah wilayah Gaza. Penulis memperoleh gambar-gambar beliau
ketika melawat mangsa-mangsa tersebut dari Facebook seorang pemimpin
tertinggi Hamas. Alangkah malangnya bagi penulis kerana tidak dapat
mengerti perkataan yang ditulis oleh beliau kerana penulis kurang
memahami bahasa Arab. Tiada perkataan yang dapat penulis ungkapkan
betapa sayangnya Islamil Haniyeh kepada rakyatnya, disebalik ketegasan
dan kegarangan beliau ketika berhadapan dengan algojo Zionis, terselit
jiwa lembut seorang pemimpin yang menyantuni rakyatnya.
Biarlah gambar-gambar ini mengungkapkan segalanya....
![]() |
Mungkin ciuman ini adalah untuk mencium haruman syurga pada tangan si kecil mujahid ini.. |
![]() |
Ciuman yang penuh kasih sayang seorang pemimpin tertinggi kepada seorang rakyat biasa.. |
![]() |
Damailah kamu dalam tidurmu wahai mujahidku.. |
![]() |
"Andai sahaja aku dapat mengganti dirimu dalam menanggung kesakitan ini wahai mujahid kecilku sayang" mungkin kata-kata ini yang terpacul dari hati kecil sang pemimpin. |
![]() |
Andai ciumanku umpama ciuman Rasulullah ke dahi Husain.. |
![]() |
Bersabarlah mujahid kecil, semoga Allah membangkitkan kamu dengan wajah yang berseri di akhirat kelak sebagai penghuni syurga.. |
![]() |
Semoga jasadku yang mencium tanganmu akan tetap gagah untuk membela umat ini.. |
Bagaikan siang di rimba, menjulang tinggi panji kebenaran, takkanku mundur walau selangkah!
![]() |
Dua ikon pejuang Islam masa kini, Ismail Haniyeh bersama pemimpin Turki, Recep Tayyip Erdogan. |
![]() |
Ismail Haniyeh ketika melayani anak-anaknya dirumahnya.Inilah pemimpin yang diidami rakyat zaman ini! Allahuakbar! |
Ismail Haniyeh lahir pada Januari 1963, (Bahasa Arab: إسماعيل هنية)
adalah pemimpin politik utama kumpulan / parti Hamas dan bekas Perdana
Menteri Pihak Berkuasa Palestin.
Selepas Hamas merampas Gaza daripada Fatah pada 14 Jun 2007, beliau
telah dipecat oleh Presiden Mahmoud Abbas. Sebenarnya Mahmoud Abbbas
selaku Presiden Palestin, tiada ada kuasa membubarkan kabinet Ismail
Haniyeh. Oleh kerana itu Ismail Haniyeh menolak pembubaran dan pemecatan
itu kerana tidak perlembagaan.
Haniyeh dilantik sebagai Perdana Menteri pada 16 Februari 2006 berikutan
Hamas diubah dan dibentuk semula pada selepas Hamas menang dalam
Pilihan raya legislatif Palestin 25 Januari 2006. Beliau mengangkat
sumpah sebagai Perdana Menteri pada 29 Mac 2006. Kemudian beliau meletak
jawatan pada 15 Februari 2007 untuk membentuk kerajaan perpaduan antara
Hamas dan Fatah. Beliau sekali lagi mengangkat sumpah sebagai Perdana
Menteri pada 18 Mac 2007.
Biodata
Haniyeh lahir di kem pelarian Al-Shati di Genting Gaza. Pada 1948 ibu
bapanya melarikan diri selepas serangan-serangan bom Israel dan tempat
itu kini dikenali sebagai Ashkelon di Israel. Pada 1987, Ismail mendapat
ijazah kesusasteraan Arab dari Universiti Islam Gaza. Pada 1989 dia
dikurung selama 3 tahun oleh pihak keselamatan Israel dan dibebaskan
pada 1992. Selepasa itu diusir oleh Lubnan. Dia pulang ke Gaza dan
dilantik sebagai dekan Universiti Islam.
Selepas pemimpin rohaniah Syeikh Ahmed Yassin dibebaskan pada 1997,
Haniyeh dilantik menjadi pengerusi Hamas. Tapi Israel mensasarkannya
sebagai orang yang bertanggungjawab membunuh rakyat Israel.
Pada 2003 dia cedera di tangan selepas tentera udara Israel melepas
tembakan di Baitulmuqaddis. Serangan Israel ini berikutan tindakan
pejuang Hamas meletupkan diri dan mencederakan warganegara Israel.
Pengaruhnya semakin meningkat selepas Kebangkitan Intifada terutama
kerana hubungan erat dengan Syeikh Ahmed Yassin dan ramai pemimpin Hamas
dibunuh oleh pihak keselamatan Israel.
Pada Disember 2005, Haniyeh telah dilantik mengetuai parti Hamas dan Januari 2006 memenangi pilihan raya Palestin.
Pada 16 Februari 2006, Hamas mencadangkan Ismail Haniyeh sebagai Perdana
Menteri Palestin. Pada 30 Jun 2006 kerajaan Israel mengancam membunuh
Haniyeh jika militan Hamas tidak membebaskan Gilad Shalit. Gilad Shalit
ialah tentera Israel yang telah menceroboh dan mengintip di kawasan
Gaza. Gilad tidak mengalami sebarang kecederaan.
Pada 20 Oktober 2006 Ismail Haniyeh mahu Fatah dan Hamas bersatu dan
tidak bertempur sesama sendiri. Malam itu, Ismail terselamat dari
serangan ketika sedang dalam konvoi untuk menemui Mahmoud Abbas di Gaza.
Serangan itu bukan satu pakatan bunuh, sebaliknya seorang anggota Fatah
yang mengamuk selepas bertelingkah dengan Hamas.
Pada 14 Disember 2006, Ismail Haniyeh dilarang masuk ke Gaza melalui
sempadan Rafah, Mesir. Beliau dilarang masuk oleh Menteri Pertahanan
Israel Amir Peretz.
Anak sulung Haniyeh cedera ketika melintasi sempadan.
Israel menilai Ismail Haniyeh sebagai bahaya kerana tidak mengiktiraf
kewujudan negara Israel. Ismail Haniyeh juga enggan mematuhi syarat
meletakkan senjata.
Oleh itu langkah de facto sekatan ekonomi dilakukan. Kerajaan Israel
enggan menyerahkan lebih USD600 juta wang cukai milik sah warga Palestin
di Gaza.
Ismail Haniyeh menjawab beliau dilantik secara demokrasi oleh warga
Palestin dan Israel tidak boleh menekannya. Israel tidak sepatutnya
memberi layanan berbeza. Peruntukan wang cukai itu adalah hak sah rakyat
Palestin, bukan sedekah daripada Israel.
Amerika juga menganggap Hamas sebagai organisasi pengganas. Amerika
mengarahkan 50 juta dolar tidak dikeluarkan dari bank-bank asing untuk
membantu kerajaan Hamas di Palestin. Menteri Ekonomi Palestin Mazen
Sonokrot bersetuju memulangkan semula bantuan Amerika.
Ismail Haniyeh berkata,
"Pihak Barat sentiasa saja menggunakan wang bantuan kemanusiaan untuk menekan kembali penduduk Palestin yang dibantu."
Hamas mahu Israel terlebih dahulu mengiktiraf negara Palestin
sebagaimana peta 1967, membebaskan banduan di penjara Israel,
mengiktiraf hak pelarian untuk pulang ke Palestin. Jika tidak mereka
akan terus berjihad sehingga Baitulmuqaddis dibebaskan. Malangnya Israel
terus menghalang penduduk Israel untuk terus bekerja di tanah mereka,
merampas tanah mereka dan melakukan pembunuhan demi pembunuhan.
Sumber:- http://mybelovedpalestine.blogspot.com
No comments:
Post a Comment